Majlis Bayaran

Majlis Bayaran Elaun Sara Hidup Nelayan Peringkat Kebangsaan di Dewan Sungai Terap, Tanjung Karang telah disempurnakan oleh Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Y.B Dato Noh Gmar. Seramai 608 nelayan menerima bayaran elaun sebanyak RM 200 secara tunai yang disampaikan oleh Dato' Noh sendiri. Hadir sarna di majlis itu, Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan (LKIM), Datuk Mustafa Ahmad dan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Datuk Junaidi Che Ayob. Majlis ini turut diadakan di sembilan lagi kawasan di seluruh negara. Tujuan penyampaian secara tunai ini untuk memberi peluang bertemu dan berinteraksi di antara nelayan, pemimpin tempatan dan pegawai agensi Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia. Menurut Dato' Noh, dalam setiap majlis penyampaitlJ1 bayaran elaun sara hidup nelayan ini, pegawai agensi kementerian dan pemimpin tempatan boleh mengambil peluang meluahkan masalah yang dihadapi di samping boleh bertukar pandangan bagi memantapkan lagi sektor perikanan. negara.

Beberapa Aktiviti Menteri, Timbalan - Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah diadakan sepanjang Bulan September. Program tersebut adalah seperti berikut:
Majlis Berbuka Puasa Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Hajah Rohani Karim bersama Mahasiswa dan Mahasiswi Sarawak di Putrajaya International Convention Centre PICC, pada 07 September 2009.
Majlis Berbuka Puasa Menteri Pertanian bersama Media di Dewan Serbaguna, Wisma Tani, Putrajaya pada 08 September 2009.
Majlis Berbuka Puasa Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Hajah Rohani Karim bersama Media Sarawak di Borneo Convention Centre , Kuching pada 12 September 2009.
Program Semurni Kasih Bersama Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Hajah Rohani Karim di Tapak Bazar Ramadhan Bandar Ban~ Samariang, Sarawak pada 13 September 2009.
Majlis Sumbangan Aidil Fitri bersama Orang Kurang Upaya (OKU) di Pasaraya Mydin, Subang pada 16 September 2009.